All News

SALAM ANTARABANGSA DARI NIGERIA

 

nigeria2

Oleh: Mohamad Nizwan Awang

Gambar oleh: Anjung Tamu

ANJUNG TAMU ONLINE: Welcome Centre yang ditubuhkan pada 15 Jun 2014 direka bentuk berasaskan gubahan sirih junjung menjadi simbol penting dalam pelbagai upacara masyarakat Melayu telah dikunjungi tetamu daripada dalam dan luar negara.

Reka bentuk Welcome Centre diinspirasikan sirih yang tersusun rapi di dalam tepak sirih sering digunakan sebagai pembuka bicara mengalu-alukan tetamu di Rumah Ibu.

Welcome Centre yang unik dan telah menerima lebih sejuta pengunjung sejak ditubuhkan turut dikunjungi oleh Director Tertiary Education Trust Fund Nigeria Arc. Irivwo Ebruphio Inene, baru-baru ini.

Di samping itu, beliau teruja setelah diberi taklimat Discover UUM, tempat-tempat menarik oleh Ketua Penolong Pendaftar, UUM Corporate Communication, H. Rasidah H. Rodzi.

Kata Arc. Irivwo : “wonderful experience”.

Dalam coretan beliau dalam buku pelawat:  “Beautiful welcome concept in design and ambience” Congratulations!.

Hadir sama, Pengurus Pusat Hal Ehwal dan Antarabangsa, Mohd Khairy Mukhtaruddin.