All News

INISIATIF KEMPEN ‘SAVE NATURE’ BUDAYAKAN PERSEKITARAN HIJAU

 

WhatsApp Image 2022 06 20 at 8.56.58 AM

News and picture by Norhana Shaibatul Khadri

Kelab Harmoni dengan kerjasama Global Strategy and Accreditation (GloSA), Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) telah mengadakan Kempen Save Nature pada 14 Jun 2022 baru-baru ini.

Antara aktiviti bersempena kempen tersebut ialah menanam tumbuhan di dalam pasu dan membersihkan kawasan persekitaran bangunan.

Siti Normaya Che Saad berkata aktiviti dan inisiatif ini bukan sahaja mampu memupuk staf menyayangi alam sekitar, malah memupuk semangat kerjasama di antara staf.

“Amat penting untuk setiap individu menikmati persekitaran hijau kerana ia memberi ketenangan.

"Tumbuhan juga memainkan peranan sebagai pembersih udara alami”, ujarnya lagi.

Aktiviti ini merupakan salah satu agenda ke arah kelestarian alam sekitar (SDG 12 dan SDG 13).