All News

LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA ASIA SCHOOL OF BUSINESS (ASB), MALAYSIA

 

WhatsApp Image 2022 09 05 at 3.36.26 PM

Oleh: Unit Akreditasi AACSB

UUM ONLINE: Unit Akreditasi AACSB, Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) telah menerima Lawatan Penanda Aras daripada Asia School of Business (ASB), Malaysia pada 8 Ogos 2022.

Lawatan yang diketuai oleh Director of Internal Quality Assurance, Puan Woon Hooi Shyen bersama Pendaftar, Puan Zainon Mustaffa, MCB Faculty Member, Prof Anella Munro dan Assistant Director of Career Development Office, Puan Aileen di Bilik Kedah, Bangunan SBM, UUM COB.

Delegasi tersebut telah disambut oleh Prof. Madya Dr. Arpah Abu Bakar, Pengarah CIAC sambil diiringi oleh Prof. Madya Dr. Faizuniah Pangil, Timbalan Pengarah serta Pengurus AACSB iaitu Prof. Madya Dr. Norani Nordin dan Prof. Madya Dr. Nor Asma Lode.

Lawatan ini bertujuan untuk ASB mendapatkan khidmat kepakaran serta hasrat bagi mempelajari amalan terbaik UUM selain bertukar pandangan dan asas sebagai persediaan bagi mendapatkan akreditasi AACSB. Selain daripada itu, lawatan ini bertujuan mewujudkan kolaborasi dan jaringan dalam memastikan ASB dan UUM dapat bekerjasama secara umumnya.

Semoga lawatan ini dapat mewujudkan kerjasama yang baik di antara UUM dan ASB pada masa hadapan.