All News

ANTARABANGSA: "KEREN UUM!!" - UNIVERSITAS ISLAM NEGERI (UIN) SYARIF HIDAYATULLAH, INDONESIA

 

uinjkt

ANJUNG TAMU ONLINE: Empat (4) orang tetamu dari Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta telah meluangkan masa untuk menjejak kaki ke Welcome Centre sempena lawatan ke kampus UUM.

Lawatan yang diketuai oleh Ketua Pusat Kerjasama Antarabangsa UIN Syarif Hidayatullah, Malia Dinia Husni Rahiem ini diuruskan Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa telah memberikan gambaran kepada tetamu tentang keindahan kampus UUM, Universiti Di Rimba Hijau.

“Kampusnya hijau, banyak hal yang menarik. Keren UUM” ujar Ratna Faeruz, salah seorang tetamu yang hadir.

Rata – rata tetamu teruja dengan keindahan dan kemudahan yang disediakan UUM setelah Taklimat Discover 2.0 disampaikan oleh Ketua Unit Pengurusan Acara, Zulfadli Abd. Latif.

Turut hadir pegawai tadbir dan staf  Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa , Mohd Azri Abdul Aziz dan Halim Hamid.